Kawan Dunia Akhirat




Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. 


Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. 

Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

~Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua.

Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT.

Dia juga MANUSIA.Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama!

[BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!]
Read more »

Kekuatan Seorang Muslim

PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas,,

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih..

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat..

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama..

♥ Doa dan zikir. ♥ Itulah kekuatan seorang muslim :)

Read more »

Tips : Menjadi Pelajar Cemerlang



First thing, mesti ada NIAT yang utama sekali dalam hidup korang. 

Untuk apa korang belajar, korang mesti ada AZAM untuk itu.

Dengan AZAM+NIAT kerana Allah, belajar kerana ingin mengembangkan agama ALLAH. InsyaAllah dengan izin-NYA korang akan berjaya. Ingatlah, bahawa kejayaan manusia hanya terletak pada AGAMA, sejauh mana kita mengikut perintah AGAMA selama itulah kita BERJAYA! disisi ALLAH S.W.T. .

(1)Then, korang boleh membuat perancangan HOPE korang tak gagal untuk ini. 
Pandai - pandailah korang rancang. Untuk itu, (2)korang boleh buat satu jadual. Setkan jadual tu, mengikut masa/waktu SOLAT. Secara Automatik, bila korang dengar azan. Korang dah tahu apa yang perlu buat. Ikut koranglah nak merancang macam mana. (3)Yang penting ialah berDOA dan berusaha. Sebelum korang buka buku, baca dulu DOA. [Masa Mustajab BerDoa: Klik Sini]




Belajar masa zaman sekolah adalah yang paling mudah. Kalau nak senang korang boleh (4)minta nombor Hp setiap guru yang mengajar kelas korang. Kemudian, bila di rumah. Korang boleh (5)ULANGKAJI matapelajaran di sekolah. Paling malas pun (6)pastikan semua kerja sekolah sudah diselesaikan dengan baikIkut sukalah! Jangan pening-pening. Ikut masa terluang. (7)Kurangkan aktiviti yang melalaikan (kalau tak ada lebih bagus), banyakkan berkhimat (pada ibu bapa, dll). InsyaAllah semua masa seharian korang akan diberkati ALLAH. 


ULANGKAJI, sampai korang benar-benar faham.


Akhir kata, semoga korang dapat membaiki diri dari semasa ke semasa. (8)Jaga ADAB (iaitu Sunnah  Nabi SAW, cth:ADAB masjid, Adab belajar dll) yakinlah bahawa dalam sunnah membawa kepada kejayaan, selain daripada itu gagal.
Jadikan BELAJAR sebagai Hobi. GAGAL sekali, bukan bererti GAGAL selama-lamanya.  

AMARAN !!! JANGAN GUNAKAN MASA DIANTARA MAHGRIB DAN ISYAK UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN/BELAJAR. SEBAIK-BAIKNYA GUNAKAN MASA YANG SINGKAT ITU UNTUK BERKHIMAT KEPADA IBU BAPA, ADIK BERADIK, BERIBADAT DAN SEBAGAINYA. KURANG DIBERKATI, KERANA PADA MASA ITU. MASA YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA DIMANA PINTU LANGIT TERBUKA. INSYALLAH !                 


HARGAILAH MASA 
WALAUPUN SATU MINIT !
Read more »

 
Allah Maha Berkuasa