Inilah Kisah berMulanya Anak Tarzan....

Inie larh dye zaman sekarang......
Laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.
Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
fuyoh....Banyak tu....

Sebagai orang islam lupakah kita dengan Ayat ini..Allah berfirma:

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' 17: 33]

Puncanya berlaku perkara ini ialah kerana zina, ingatlah ayat Allah s.w.t , firmaNya

Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]

Ya, kedua-dua ayat yakni ayat ke-31 dan 33 mengiringi ayat 32 yang berupa larangan Allah terhadap kita mendekati zina.

Itulah perbuatan yang keji.

Perbuatan keji yang telah ditutup pintunya oleh Allah melalui pembetulan sosial melalui batas hubungan antara silang jantina, menjaga aurat, memelihara pandangan, dan sudah tentu pembetulan Aqidah, pandangan hidup dan sistem nilai yang mendasari perbuatan manusia.

Zina itu sudah ditutup pintu-pintunya melalui kepatuhan kepada peraturan itu.

Namun pintu zina kembali terbuka.

0 Goodman:

Post a Comment

 
Allah Maha Berkuasa